MAKLUMAT LOKASI
 
  Nama / Kod Lokasi : PI1M KAMPUNG BERUAS, PEKAN / C01C002
  Alamat : Pusat Internet 1Malaysia Kg. Beruas, 26600 Pekan,Pahang
  Daerah : Pekan, Pahang
  Projek : PI1M : Fasa Perintis
     
 

Info Lokasi

     Pusat Internet 1Malaysia merupakan sebuah Program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd, MSD Inteligent dan Kerajaan Negeri. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 pusat telah diwujudkan di seluruh Malaysia sebagai perintis program untuk mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Kedudukan Kampung Beruas ini bersempadanan di sebelah selatan Kg Marhum dan disebelah utara Kg Serandu dan KG Bentan,dan dari Laut Cina Selatan lebih kurang 0.5Km sementara 3Km dari Kg Jalan tegak. Jarak Kampung ini dari Bandar Pekan lebih kurang 15Km.Kini kawasan ini kian pesat membangun dengan adanya Pantai Lagenda Golf & Country Club, dan kini projek pembinaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sedang dalam perlaksanaan.